AS desak Korea U henti ujian peluru berpandu

SEOUL, 24 OKT – Amerika Syarikat (AS) hari ini mendesak Korea Utara untuk menghentikan ujian peluru berpandunya ‘tidak produktif’, namun meluahkan harapan Pyongyang akan memberikan respons positif untuk jemputan Washington mengadakan dialog.

Ia dibuat selepas Korea Utara melancarkan peluru balistik dari kapal selam (SLBM) pada Selasa, menyebabkan perjumpaan tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas AS bagi Korea Utara, Sung Kim, bertemu dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kyu-duk selepas pertemuan dengan wakil dari Jepun di Washington.

Dia menyifatkan pelancaran pada Selasa sebagai ‘provokasi’, dan men-desak Pyongyang untuk menghentikan ujian peluru berpandu ‘yang membimbangkan dan tidak produktif’.

“Kami berharap DPRK akan memberikan respons positif,” Kim memberitahu wartawan di Seoul.

Pelancaran ujian pada Selasa adalah yang terkini dalam siri ujian senjata oleh negara itu, termasuk peluru berpandu jarak jauh, senjata yang dilancarkan dari kereta api, dan apa yang disebutkan oleh mereka sebagai senjata hipersonik.

Awal bulan ini, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menuduh AS atas sekatan, menolak dakwaan Washington bahawa mereka mempunyai niat jahat.

Kim bertemu tiga kali dengan bekas presiden, Donald Trump, yang mendesak untuk menghentikan peperangan akan tetapi gagal mencapai persetujuan bagi menamatkan program nuklear negara tersebut.

Presiden Joe Biden berjanji untuk terus mencari jalan secara diplomasi dengan langkah yang lebih sederhana.- AFP

Sung Kim (kanan) berucap selepas pertemuan dengan Noh Kyu-duk di Seoul. AS mendesak agar Korea Utara menghentikan ujian peluru berpandunya ‘tidak produktif’.- AP