Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    AS desak TikTok jual kepentingan atau diharamkan

    WASHINGTON, 16 MAC – Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS, lapor sebuah media tempatan pada Rabu.

    Tuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) yang diketuai oleh Perbendaharaan, lapor agensi Anadolu.

    Menurut laporan yang memetik eksekutif TikTok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).

    TikTok dalam reaksi balasnya berkata penjualan itu tidak akan menangani risiko keselamatan yang dikhuatiri AS.

    “Jika melindungi keselamatan negara merupakan objektif, pelupusan itu tidak menyelesaikan masalah, perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas aliran data atau akses.

    “Cara terbaik untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan negara adalah dengan perlindungan data dan sistem pengguna AS yang telus dan berasaskan AS, dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap yang sudah pun kami laksanakan,” kata jurucakap TikTok, Brooke Oberwetter dalam satu kenyataan.

    Rumah Putih masih belum mengulas mengenai laporan itu. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan bangunan TikTok di Culver City, California. Kerajaan AS telah memberitahu ByteDance supaya menjual sahamnya dalam aplikasi TikTok atau berdepan pengharaman, lapor Jurnal Wall Street. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...