AS digesa cairkan aset Afghanistan

KABUL, 17 NOV – Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi telah mengutus surat terbuka kepada kongres meminta Amerika Syarikat untuk mencairkan aset Afghanistan, lapor Xinhua memetik kenyataan kementerian hari ini.

“Selepas menandatangani Perjanjian Doha pada Februari 2020, kami dapati kami tidak lagi mempunyai konflik secara langsung antara satu sama lain, apakah logiknya di sebalik pembekuan aset kami?.

“Ketika adanya ruang serta peluang yang sangat baik untuk ke arah hubungan positif, sekatan dan tekanan tidak membantu memperbaiki hubungan,” kata Muttaqi.

Selepas Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos lalu, ekonomi Afghanistan berdepan masalah, aset bernilai AS$9 bilion milik bank pusat Afghanistan dibekukan selain dana Bank Dunia dan IMF dihentikan. – AFP