AS dilanda cuaca panas

WASHINGTON, 22 JULAI – Amerika Syarikat mengalami cuaca panas, semalam, dengan beberapa bandar utamanya termasuk New York, Philadelphia dan Washington dilanda suhu panas.

Situasi panas dari kawasan dataran Midwestern ke pesisir Atlantik menyebabkan hampir 150 juta penduduk negara itu berdepan kesukaran kekal sejuk dalam keadaan amat panas.

Menjelang petang kelmarin, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata suhu tinggi tidak lama lagi akan berakhir, tetapi cuaca tidak menentukan akan berterusan.

“Gelombang panas berbahaya yang menyelubungi Midwest ke Pantai Timur pada hujung minggu ini sepatutnya akan berakhir hari ini tatkala suhu mula menunjukkan penurunan,” kata agensi itu.

Walau bagaimanapun ia memberi amaran bahawa ‘hujan dan ribut petir … dengan hujan lebat yang berlebihan dan kemungkinan cuaca yang teruk’ dijangka merentasi pantai timur, sekali gus memberikan risiko kepada banjir kilat.

“Kita hampir di penghujung darurat haba. Suhu akan mula turun malam ini. Namun, indeks haba mungkin masih tinggi pada 43 darjah Celsius. – AFP

Gambar pada 21 Julai lalu menunjukkan matahari terbenam di kaki langit tengah bandar Manhattan di New York City. AS mengalami cuaca panas, semalam, dengan beberapa bandar utamanya termasuk New York, Philadelphia dan Washington dilanda suhu panas. – AFP