OMAHA, 26 JAN – Ribut musim sejuk luar biasa menyelubungi sebahagian kawasan tengah Amerika Syarikat (AS)dengan salji tebal yang diramalkan sehingga lewat hari ini di sesetengah kawasan, menjejas lau lintas dan menutup beberapa pusat ujian koronavirus.
Perkhidmatan Cuaca Nasional berkata salji sekurang-kurangnya 4 inci dijangka turun di kebanyakan kawasan dari Kansas ke Chicago dan selatan Michigan. Sebahagian kawasan Nebraska dan barat Iowa mungkin menerima tiga kali lebih banyak jumlah salji pada pagi Selasa.
Salji setebal lebih 10 inci telah pun turun di sebahagian kawasan Nebraska pada petang semalam, mendorong penutupan awal beberapa pusat ujian koronavirus di negeri itu serta di Iowa. – AP
