Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    AS, Filipina anjur eksesais gempur

    MANILA, 3 OKT – Lebih 2,500 marin Amerika Syarikat (AS) dan Filipina hari ini menyertai eksesais gempur dalam persediaan terhadap sebarang krisis mendadak di rantau yang tertakluk dengan pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan peningkatan ketegangan ke atas Taiwan.

    Eksesais tentera tahunan adalah sebahagian yang terbesar setakat ini antara kedua-dua sekutu itu di bawah Presiden Filipina yang baru dilantik, Ferdinand Marcos Jr.

    Digelar Kamandag, akronimi Tagalog bagi ‘Kerjasama Pejuang Lautan’, eksesais membabitkan 1,900 marin AS dan lebih 600 rakan sejawat Filipina dalam serangan olok-olok amfibia dan operasi khas, menurut pegawai AS dan Filipina.

    Pelancar misi HIMARS Amerika dan jet pejuang supersonik akan mengambil bahagian dalam latihan peluru hidup yang akan berakhir pada 14 Oktober, kata mereka.

    Laksamana Muda Filipina, Caesar Bernard Valencia menjelaskan eksesais akan memfokuskan usaha mengembang luaskan pertahanan pesisir pantai dan tidak ditujukan terhadap mana-mana negara.

    Angkatan tentera Jepun dan Korea Selatan juga akan menyertainya sebagai pemerhati, dalam latihan respons bencana, tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...