Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    AS, Filipina jalani latihan bersepadu

    FILIPINA, 6 JUN – Kapal-kapal mengawal pantai Amerika Syarikat (AS) dan Filipina telah mengadakan latihan di perairan Laut Cina Selatan yang dipertikaikan hari ini, ketika Washington meningkatkan usaha untuk mengukuhkan semula perikatan di Asia di tengah-tengah ketegangan dengan China.

    Latihan itu, disaksikan oleh wartawan yang berada di atas kapal pengawal pantai Filipina, BRP Cabra, termasuk senario melibatkan larangan dan menaiki kapal yang disyaki membawa senjata pemusnah besar-besaran di luar Semenanjung Bataan, kata jurucakap pengawal pantai Filipina, Komodor Armand Balilo.

    Pengawal pantai AS mengerahkan salah sebuah kapal paling canggih, The Stratton, semasa latihan pada 1 hingga 7 Jun yang dianjurkan oleh Filipina, sekutu perjanjian tertua Washington di Asia.

    The Stratton telah menjalankan latihan di rantau ini untuk berkongsi kepakaran dalam mencari dan menyelamat serta penguatkuasaan undang-undang, kata pengawal pantai AS.

    Sementara itu, Jepun turut mengerahkan kapal pengawal pantai terbesarnya, The Akitsushima, manakala empat buah kapal pengawal pantai Filipina turut menyertai latihan.

    Pentadbiran Biden telah mengukuhkan perikatan tenteranya di Indo-Pasifik untuk menangani pengaruh China.

    Pegawai Filipina berkata latihan bersepadu bersama AS itu tidak menyasarkan mana-mana negara. Tetapi China memberi amaran bahawa peningkatan penempatan keselamatan AS di Asia menyasarkan kepentingan Beijing dan menjejaskan kestabilan serantau. – AP

    Pegawai pengawal pantai Filipina dan AS semasa menjalankan latihan bersepadu di luar Semenanjung Bataan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...