Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    AS, Filipina lancar latihan tentera

    MANILA, FILIPINA, 28 MAC – Beribu-ribu anggota Angkatan Tentera Amerika dan Filipina hari ini memulakan salah satu latihan tempur terbesar mereka dalam bertahun-tahun yang termasuklah gerakan latihan menggunakan peluru hidup, serangan pesawat, pertempuran pinggir bandar dan pendaratan di pantai-pantai dalam pertunjukan kekuatan tentera AS di selatan Filipina, berhampiran sempadannya dengan Taiwan.

    Latihan tahunan digelar Balikatan – bahasa Tagalog yang bermakna bergandingan bahu – akan berlangsung sehingga 8 April dengan hampir 9,000 anggota tentera laut, marin, udara dan darat termasuk 5,100 anggota tentera Amerika, mengukuhkan perjanjian sekutu lama itu ‘bagi kesiapsiagaan dan keupayaan berdepan cabaran dunia sebenar. China kemungkinan besar sedikit gusar memandangkan latihan amat hampir dengan Taiwan, wilayah yang didakwa miliknya, namun penganjur mengatakan latihan tidak menyasarkan mana-mana negara.

    “Tentera AS dan Angkatan Tentera Filipina akan berlatih bersama dalam usaha meluaskan dan mengembang luaskan perkongsian taktik canggih, teknik dan prosedur untuk mengukuhkan keupayaan tindak balas dan kesediaan kita menghadapi cabaran dunia sebenar,” kata Mejar Jeneral Jay Bargeron, pemerintah divisyen ketiga Marin AS. – AP

    Anggota tentera memakai tampalan Balikatan semasa menghadiri perasmian latihan tentera AS dan Filipina. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...