Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS gantung tarif import keluli Ukraine

    WASHINGTON, 10 MEI – Amerika Syarikat (AS) semalam menggantung selama setahun tarif yang dikenakan ke atas import keluli Ukraine, satu tindakan bertujuan membantu ekonomi negara yang dibelenggu peperangan itu.

    Ekoran pemindahan orang awam yang berlindung di kilang keluli di Mariupol selepas tentera Rusia mengebom bandar pelabuhan itu, Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo mengalu-alukan kepen-tingan industri yang terus beroperasi dan menggaji seorang daripada setiap 13 warga Ukraine, memberikan mereka ‘talian hayat ekonomi.’

    “Kami perlu menyokong salah satu industri paling penting kepada kesejahteraan ekonomi Ukraine,” kata Raimondo dalam kenyataan.

    “Untuk membolehkan kilang keluli terus beroperasi sebagai talian hayat ekonomi untuk rakyat Ukraine, mereka mesti mampu mengeksport keluli mereka.”

    Tarif 25 peratus ke atas keluli dikenakan pada Mac 2018 untuk melindungi industri domestik, walaupun beberapa negara dikecualikan.

    Penggubal undang-undang dan pemimpin perniagaan telah menggesa Presiden AS Joe Biden untuk membatalkan duti demi mengurangkan kesan teruk ke atas ekonomi Ukraine.

    UKraine menyumbang kepada satu peratus daripada import keluli AS, menurut Jabatan Perdagangan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...