Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    AS gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine ‘sekarang’

    WASHINGTON, 11 FEB – Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera berikutan dakwaan ancaman tindakan ketenteraan Rusia, kata Jabatan Negara AS dalam satu panduan perjalanan, lapor Sputnik.

    “Hentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan COVID-19 semakin meningkat; mereka yang berada di Ukraine harus keluar sekarang melalui penerbangan komersial atau persendirian.

    “Jika masih kekal di Ukraine, tingkatkan langkah pengawasan kerana jenayah, pergolakan awam, dan operasi tempur mungkin berlaku sekiranya Rusia mengambil tindakan ketenteraan. Beberapa kawasan berdepan risiko lebih tinggi,” menurut panduan perjalanan itu, kelmarin.

    Pada 23 Januari, Jabatan Negara mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan dan pekerjanya yang layak untuk meninggalkan Kyiv.

    Jurucakap Jabatan Negara Ned Price pada Februari berkata, sehingga Oktober lepas dianggarkan sekitar 6,600 warganegaranya menetap di Ukraine, manakala beberapa saluran berita melaporkan sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Amerika berada di negara itu. – Bernama

    Kapal serangan Rusia, Kaliningrad berlayar di pelabuhan Sevastopol di Crimea. Tentera laut Rusia telah menghantar enam kapal ke Laut Hitam dekat Ukraine sehingga mencetuskan kebimbangan Barat mengenai berlakunya serangan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...