Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    AS guna pasaran tani pupuk hubungan di Jepun

    TOKYO, 30 OKT – Ketika Amerika Syarikat (AS) dan Jepun mengukuhkan lagi pakatan ketenteraan kedua-dua negara, mereka telah beralih ke pasar tani untuk memupuk hubungan yang lebih mesra antara pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan negara jiran Jepun.

    Hari ini , kira-kira 20 petani dan penjual Okinawa datang ke Camp Hansen, pangkalan Kor Marin di pulau Okinawa di selatan Jepun, membawa bayam, nanas, limau besar dan sayur-sayuran segar lain yang dikatakan oleh kedutaan AS menarik ratusan pelanggan.

    Duta AS Rahm Emanuel, yang menganjurkan acara itu, berkata pasaran itu membawa hasil tempatan yang sihat kepada pengguna di Camp Hansen, sementara menyediakan pelanggan baharu kepada petani dan perniagaan Jepun. Dia membeli bayam Okinawa, menurut Kedutaan AS.

    “Situasi menang-menang untuk semua,” jelas Emanuel menerusi halaman Twiternya. Memupuk hubung an baik dengan komuniti tuan rumah mereka adalah penting bagi tentera AS yang berpangkalan di Jepun terutamanya di Okinawa di mana kehadiran tentera AS yang besar telah membawa sejarah tegang.

    Emanuel berkata dalam satu kenyataan bahawa dia menjangkakan untuk melihat pasaran petani memberikan manfaat kepada penduduk Okinawa dan anggota perkhidmatan Amerika yang menyumbang kepada pertahanan Jepun. Be liau berkata, beliau berharap untuk menubuhkan lebih banyak pasar tani di pangkalan AS lain di seluruh Jepun dan mengadakannya secara berkala.

    Emanuel, bekas anggota kongres yang berkhidmat sebagai ketua kakitangan Rumah Putih pertama bekas Presiden Barack Obama,berkata dia menyertai Gabenor Okinawa Denny Tamaki pada festival perhimpunan Okinawa dari seluruh dunia, termasuk rakyat AS dari keturunan Okinawa, yang diadakan setiap lima tahun. – AP

    Duta AS ke Jepun Rahm Emanuel berjabat tangan dengan penjual tempatan di pasar tani di Camp Hansen, pangkalan Kor Marin AS di pulau Okinawa di selatan Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...