AS hantar 1,000 tentera ke Poland

WARSAW, 31 JULAI – Washington akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 tentera di Poland dan menyelia tentera di kawasan timur NATO, kata Menteri Pertahanan Mariusz Blaszczak hari ini selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pengunduran tentera besar-besaran dari Jerman.

Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata pada Rabu Pentagon akan menghantar pulang kira-kira 6,400 kakitangan tentera dari Jerman, dan memindah hampir 5,600 ke negara NATO lain, temasuk Itali dan Belgium.

“Sekurang-kurangnya 1,000 tentera baharu akan dihantar di negara kami,” beritahu Blaszczak kepada radio awam Jedynka.

“Kami akan mempunyai pusat tentera Amerika di Poland. Pusat ini akan menguruskan tentera yang dihantar di sepanjang rantau timur NATO,” kata beliau. – AFP