Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS hantar tentera tambahan ke Eropah

    WASHINGTON, 3 FEB – Amerika Syarikat (AS) akan mengerahkan tentera tambahan ke Eropah, umum Jabatan Pertahanan kelmarin, berikutan ketegangan yang tercetus di sepanjang sempadan Ukraine.

    Kerahan itu termasuk 1,000 tentera yang kini berpangkalan di Jerman untuk ditempatkan semula ke Romania dan 2,000 lagi anggota tentera akan dihantar dari AS ke Jerman dan Poland, kata jurucakap Jabatan Pertahanan, John Kirby, semasa sidang media di Pentagon, lapor Xinhua.

    “Ini bukanlah langkah kekal. Ia dilaksanakan berdasarkan persekitaran keselamatan semasa. Selain itu, pasukan berkenaan tidak akan berperang di Ukraine,” kata Kirby.

    “Tindakan itu sebagai isyarat yang jelas kepada dunia bahawa AS bersedia untuk meyakinkan sekutu kami (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan menghalang serta mempertahankannya daripada sebarang pencerobohan,” tambahnya.

    AS sudah menempatkan kira-kira 8,500 tentera dalam “keadaan bersiap sedia,” berikutan dakwaannya bahawa tentera Rusia ‘semakin hampir’ untuk menceroboh Ukraine. Langkah itu akan membolehkan tentera dikerahkan dalam notis singkat jika NATO memutuskan untuk mengaktifkan segera pasukan tindak balasnya yang dikenali sebagai NRF.

    Kirby berkata tentera yang dikerahkan adalah berasingan daripada pasukan yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Mereka akan beroperasi secara dua hala dengan negara tuan rumah mereka, dan akan berada di bawah arahan AS bukan perintah NATO, memandangkan perikatan itu masih belum mengaktifkan NRF.

    Mengulangi kembali penafiannya bahawa penempatan tentera itu adalah kerana kebimbangan Rusia boleh menyerang negara NATO, jurucakap itu berkata AS boleh menghantar tentera tambahan dalam beberapa hari atau bulan akan datang, dengan menyatakan bahawa negara NATO lain iaitu termasuk Britain, Perancis dan Denmark juga telah memulakan pergerakan untuk menyokong sayap timur perikatan itu.

    Presiden Joe Biden pada Jumaat berkata beliau “akan menggerakkan tentera AS ke Eropah Timur dan negara-negara NATO dalam masa terdekat”.

    Presiden menegaskan tiada pasukan AS akan dihantar terus ke Ukraine, memandangkan ia bukan ahli NATO. – Bernama

    Anggota tentera udara dari Skuadron Pelabuhan Udara ke-436 memuatkan peluru, senjata dan peralatan lain yang menuju ke Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...