Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS haramkan dron buatan China

    WASHINGTON, 1 NOV – Jabatan Hal Ehwal Dalaman Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan armada dron buatan China tatkala ia menjalankan kajian semula ke atas program tersebut.

    Nick Goodwin, jurucakap Jabatan Dalam Negeri, tidak memberikan alasan atas keputusan itu tetapi ia keluar di tengah kebimbangan keselamatan AS berhubung elektronik China.

    Goodwin berkata kajian semula itu telah diarahkan oleh Setiausaha Dalam Negeri David Bernhardt.

    “Sehingga kajian semula ini selesai, Setiausaha telah mengarahkan semua dron yang dikeluarkan di China atau dibuat daripada komponen China akan diharamkan,” kata beliau.

    Kekecualian akan dilakukan untuk dron yang sedang digunakan untuk tujuan kecemasan seperti memadam kebakaran hutan, misi mencari dan menyelamat dan mengurus bencana alam, kata Goodwin.

    Gambar fail bertarikh 4 Mei 2018 menunjukkan seorang pelawat melihat dron yang dibina oleh syarikat China DJI di Pameran Foto Beijing. – AFP

    Menurut sumber yang rapat dengan program, Jabatan Dalam Negeri mempunyai armada 810 dron, hampir kesemuanya dibina oleh syarikat China.

    Hanya 24 yang dibuat di AS malah mereka mempunyai komponen elektronik China, kata sumber.

    Jabatan Keselamatan Dalam Negara AS mengeluarkan amaran pada Mei bahawa dron buatan China mungkin menimbulkan risiko keselamatan.

    Amerika Syarikat juga mengambil langkah terhadap Huawei dengan mengharamkan syarikat AS daripada menjual atau memindah teknologi AS kepada syarikat telekom China.

    Risikan AS percaya Huawei disokong oleh tentera China dan peralatannya mungkin memberikan agensi pengintip Beijing dengan pintu belakang dalam rangkaian komunikasi negara lain.

    Syarikat China DJI menghasilkan kira-kira 70 peratus daripada dron komersial dunia.

    “Kami amat kecewa,” beritahu jurucakap DJI kepada AFP, menambah syarikat tidak mempunyai komen sekarang.

    Pentagon telah melarang tentera daripada menggunakan dron DJI atas sebab-sebab keselamatan sejak 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda