WASHINGTON, 30 Jan – Amerika Syarikat (AS) berharap dapat mencatat ‘kemajuan besar’ ketika rundingan perdagangan dengan pegawai China pada minggu ini, kata Setiausaha perbendaharaan AS Steven Mnuchin semalam.
Beijing dan Washington hanya mempunyai tempoh satu bulan sahaja lagi dalam gencatan senjata 90 hari yang diisytiharkan pada Disember sebelum tarif AS ke atas beratus bilion eksport China dijangka meningkat mendadak, satu prospek yang dikatakan oleh ahli ekonomi dapat membantu menjejas ekonomi global.
Negara-negara berkenaan juga dibelenggu konfrontasi berhubung pendakwaan syarikat gergasi telekom China Huawei oleh Washington atas dakwaan mencabul sekatan.
Sementara pegawai menegaskan kes berkenaan tidak berkaitan, ia menyurami rundingan, dengan Beijing menuduh Washington ‘mencemar’ dan ‘mencabul politik.’
“Saya menjangka kami akan mencatat kemajuan besar pada minggu ini untuk menjamin kemasukan yang lebih dalam pasaran China untuk syarikat Amerika, beritahu Mnuchin kepada Rangkaian Perniagaan Fox.

Kedua-dua pihak akan bertemu untuk rundingan kedua pada hari ini dan esok, dan Mnuchin berkata Presiden Donald Trump akhirnya dijangka akan mengambil bahagian. Washington berusaha mengakhiri usaha sama dan pemindahan harta intelektual Amerika dan menegaskan mana-mana perjanjian mempunyai kuasa untuk memastikan pihak mematuhinya.
Namun Mnuchin berkata tidak adanya kaitan di antara isu Huawei dan rundingan perdagangan.
“Biarlah saya berterus-terang. Mereka adalah isu berasingan,” kata Mnuchin. “Saya mendapat tahu mengenainya semalam apabila ia diumumkan. Maka mereka bukan sebahagian daripada perbincangan perdagangan.’
Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross juga menegaskan semalam bahawa kes Huawei adalah tidak berkaitan dengan rundingan perdagangan.
Pegawai AS telah bersilih ganti berkata kedua-dua pihak ‘amat jauh’ daripada mencapai satu perjanjian dan meluahkan perasaan optimistik bahawa satu kata sepakat akan dicapai. – AFP

































