Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Israel tarik diri dari badan kebudayaan PBB

    PARIS, 13 Okt – Amerika Syarikat dan sekutu Israel berkata hari ini mereka sedang menarik diri daripada badan kebudayaan dan pendidikan PBB, dalam satu tindakan yang menekankan pengunduran Washington daripada institusi antarabangsa itu.

    Keputusan AS, diumumkan di Washington, menyusuli ketegangan bertahun-tahun dalam pertubuhan yang dituduhnya mempunyai ‘prasangka anti-Israel.’

    “Keputusan ini tidak dipandang ringan, dan mencerminkan kebimbangan AS dengan liabiliti yang meningkat di UNESCO, keperluan pembaharuan dalam pertubuhan dan prasangka anti-Israel berterusan di UNESCO,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert.

    Amerika Syarikat telah keluar daripada pertubuhan 195 anggota itu sekali sebelumnya di bawah bekas presiden Ronald Reagan, yang meletak jawatan pada 1984 disebabkan dakwaan salah urus kewangan dan prasangka anti-AS dalam sesetengah dasarnya.

    Presiden George W. Bush mengumumkan kepulangan Amerika pada 2002, namun hubungan menjadi dingin sekali lagi pada 2011 apabila Barack Obama menghentikan pembiayaan kepada badan itu selepas anggotanya mengundi untuk memasukkan Palestin sebagai anggota penuh.

    Gambar menunjukkan logo UNESCO di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB di Paris. – AFP

    Washington menentang mana-mana tindakan oleh badan PBB untuk mengiktiraf wilayah palestin sebagai sebuah negara, percaya ia mesti menunggu perjanjian perdamaian Timur Tengah.

    Namun pentadbiran Presiden Donald Trump juga sedang mengkaji semula kebanyakan komitmennya, meneruskan apa yang digelarnya dasar ‘Amerika Dulu’ yang membimbangkan sekutu di ERopah.

    “UNESCO adalah mengenai mempromosi prinsip dan nilai kami menerusi budaya, pendidikan dan sains,” beritahu duta PBB Perancis Francois Delattre kepada wartawan di New York, menambah “kami memerlukan satu Amerika yang kekal komited kepada hal ehwal dunia.”

    Namun Nauert berkata kesan kepada Amerika Syarikat kerana kekal menjadi anggota juga telah mempengaruhi keputusan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda