Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS isytihar kebakaran New Mexico satu bencana

    LAS VEGAS, 5 MEI – Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran hutan terbesar di Amerika Syarikat (AS) ketika angin kencang reda semalam, sementara Presiden Joe Biden meluluskan deklarasi bencana yang membawa sumber kewangan baharu ke kawasan terpencil New Mexico yang dimusnahkan kebakaran sejak awal April.

    Wakil AS Teresa Leger Fernandez mengumumkan pengisytiharan bencana presiden semasa taklimat oleh Perkhidmatan Hutan AS mengenai usaha membendung kebakaran hutan di timur laut New Mexico, yang telah menyebar ke hutan alp seluas 647 kilometer persegi dan tanah rumput di selatan Gunung Rocky.

    “Ia akan membantu kami dalam pembangunan semula dan membantu dalam perbelanjaan dan kesukaran yang dihadapi penduduk sekarang,” kata ahli kongres itu. Anggota bomba berkata mereka mengambil kesempatan ke atas cuaca sejuk untuk mengelak kebakaran daripada merebak ke bandar Las Vegas dan kampung lain. Kapal terbang dan helikopter telah menggugurkan bahan pencegah kebakaran dari udara ketika kru menebang pokok-pokok untuk mengelak kebakaran daripada merebak.

    Kira-kira 15,500 rumah di kawasan pedalaman di Gunung Sangre de Cristo bersempadan dengan Las Vegas telah terjejas oleh pemindahan, manakala 170 buah rumah telah musnah dalam kebakaran.

    Deklarasi bencana oleh presiden membenarkan dana kecemasan untuk usaha pemulihan di tiga wilayah di timur laut New Mexico di mana kebakaran masih berlaku, serta sebahagian kawasan selatan di mana kebakaran membunuh dua orang dan memusnahkan lebih 200 rumah pada pertengahan April.

    Bantuan termasuk gran untuk perumahan sementara dan kerja membaiki rumah, pinjaman kos murah untuk kerugian harta tanpa insurans dan program bantuan lain untuk individu dan perniagaan, menurut satu kenyataan daripada Rumah Putih. – AP

    Sebuah pesawat udara terbang di atas kepulan asap berhampiran Las Vegas pada 4 Mei 2022. Kebakaran telah memusnahkan 647 kilometer persegi hutan sejak beberapa minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...