Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AS jadi pembekal utama LNG

    WASHINGTON, 26 JULAI – Amerika Syarikat (AS) menjadi pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar dunia setakat Jun berikutan Eropah bergantung kepada bekalan LNG AS selepas sekatan terhadap Rusia, lapor Sputnik, memetik Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

    “AS menjadi pengeksport LNG gas asli cecair terbesar di dunia pada separuh pertama 2022,” menurut kenyataan itu, memetik pangkalan data pasaran gas CEDIGAZ yang berpangkalan di Perancis kelmarin.

    Sejak akhir tahun lalu, negara-negara Eropah mengimport lebih banyak LNG bagi mengimbangi import bekalan gas melalui saluran paip Rusia yang lebih rendah dan bertujuan untuk penyimpanan gas asli. 

    Import LNG bagi Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) meningkat sebanyak 63 peratus pada separuh pertama 2022 iaitu purata 14.8 bilion kaki padu sehari (bcf/d).

    Pada Jun, AS mengeksport 11 peratus kurang LNG daripada purata eksport 11.4 bcf/d dalam tempoh lima bulan pertama 2022, akibat gangguan di kemudahan eksport LNG Freeport. 

    Freeport LNG dijangka menyambung semula operasi pada awal Oktober tahun ini.

    Kelmarin, Rusia mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan bekalan gas di saluran paip Nord Stream 1 de-ngan kapasiti sekurang-kurangnya 20 peratus, merumitkan lagi keadaan bagi EU untuk memenuhi tangki simpanan gasnya menjelang musim sejuk.

    “Eksport LNG AS terus berkembang atas tiga sebab – peningkatan kapasiti eksport LNG, peningkatan harga gas asli dan LNG antarabangsa, serta peningkatan permintaan global, khususnya di Eropah,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...