Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS, Jepun jalin kerjasama perdagangan, krisis makanan

    TOKYO, 12 JULAI – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen dan menteri kewangan Jepun hari ini bersetuju untuk menjalin kerjasama mengenai cabaran-cabaran daripada peperangan di Ukraine dan mempromosikan perdagangan bebas, tenaga mampan dan keselamatan makanan.

    Yellen mengadakan lawatan ke Tokyo hari ini bagi perbincangan menjelang pertemuan pemimpin-pemimpin kewangan G20 di Bali, Indonesia pada hujung minggu.

    Sebelum memulakan pertemuannya dengan Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki, beliau menekankan mengenai kepentingan sekatan berkesan terhadap Rusia atas pencerobohannya ke atas Ukraine.

    Selain itu, beliau meluahkan harapan untuk meraih sokongan daripada Jepun dan negara-negara lain yang cuba mengenakan harga siling ke atas minyak Rusia bagi mengehadkan kewangan disalurkan kepada pihak tentera Moscow.

    “Kedua-dua buah kerajaan mempunyai pandangan dan kepentingan yang sama mengenai banyak keutamaan paling mendesak yang menjejaskan kepentingan negara serta kestabilan dan kemakmuran seluruh dunia.

    “Dan apabila kami menjalinkan kerjasama, ia akan menjadi lebih berkesan,” katanya. – AP

    Janet Yellen dan Shunichi Suzuki berjabat tangan semasa mengadakan rundingan di Tokyo, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...