AS-Jepun mulakan rundingan

TOKYO, 14 April – Tatkala perasaan optimistik meningkat memandangkan Amerika Syarikat (AS) dan China hampir-hampir mencapai satu perjanjian perdagangan, Jepun memulakan rundingannya sendiri dengan Washington mulai esok, berharap dapat menyelesai beberapa isu dengan segera.

Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Menteri Ekonomi Jepun Toshimitsu Motegi dijangka memulakan rundingan dua hari di Washington.

Di Tokyo pada minggu lalu, Motegi meramalkan rundingan akan bersifat ‘terus-terang,’ dengan pusingan rundingan pertama esok mengenai ‘membuat keputusan tentang bidang yang akan dibincangkan, terutamanya dalam bidang produk.’

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengadakan perbincangan menyeluruh demi menghasilkan keputusan yang memuaskan sejajar dengan kepentingan negara kami,” kata Motegi. Donald Trump telah bersikap serius dengan rakan perniagaan tradisional AS, menggunakan tarif dan ugutan dalam usaha untuk merangsang eksport AS dan mengawal defisit perniagaan Washington.

Pada Mei, Trump mengarahkan pentadbirannya untuk menyiasat kemungkinan mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas kereta dan alat ganti kereta asing, satu prospek yang membimbangkan industri dan mungkin memberi kesan serius kepada Jepun dan Eropah.

Presiden AS sering mengadu bahawa Jepun mempunyai kelebihan yang tidak adil dalam perniagaan dua hala dan berjanji akan menyelesai masalah tersebut. – AFP