AS jual jet tempur F-35 kepada UAE

WASHINGTON, 30 OKT – Pentadbiran Donald Trump semalam secara tidak formal memberitahu Kongres mengenai rancangan untuk menjual jet tempur canggih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor agensi berita Xinhua.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS) Eliot Engel dalam satu kenyataan berkata Kongres perlu menganalisis semua kesan yang mungkin timbul daripada rancangan itu. “Tergesa-gesa membuat penjualan bukan untuk kepentingan sesiapa pun.”

Beliau berkata potensi penjualan F-35 kepada UAE akan mengubah keseimbangan ketenteraan di Teluk dan mempengaruhi kelebihan ketenteraan Israel. Beliau juga bimbang mengenai kemungkinan kebocoran teknologi F-35 yang sensetif dan penjualan itu akan membuka ruang permintaan negara Arab lain untuk senjata canggih sebagai pertukaran memulihkan hubungan dengan Israel.

“Dalam beberapa hari lagi, saya mengundang anggota Kongres untuk berkongsi pandangan saya dan bergabung dengan saya dalam memperkenalkan undang-undang untuk memastikan penjualan senjata itu, paling penting ia perlu mematuhi tujuan keselamatan negara,” kata Engel.

Cadangan penjualan itu perlu mendapat kelulusan Kongres. – Bernama