Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AS jumpa jet pejuang jatuh ke laut

    WASHINGTON, 4 MAC – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berkata kelmarin bahawa ia telah menemui sebuah jet pejuang yang terhempas di Laut China Selatan selepas melanggar sebuah kapal pengangkut pesawat ketika cuba mendarat.

    Operasi besar-besaran untuk mendapatkan semula pesawat berkenaan telah dilancarkan, pesawat tersebut adalah salah satu yang paling canggih dalam armada tentera AS, namun ia hilang di kawasan yang menjadi punca ketegangan antara AS dan China.

    Tujuh kelasi cedera dalam kemalangan mendarat pada 24 Januari lalu di USS Carl Vinson, tetapi juruterbang melentingkan diri dari pesawat untuk menyelamatkan diri dan akhirnya diselamatkan oleh helikopter.

    Sementara itu, F-35C Lightning II telah diperolehi semula pada Rabu dari kedalaman 12,400 kaki menggunakan kenderaan kendalian jauh yang memasang garis lif dari kren kapal.

    “Usaha pemulihan menunjukkan komitmen Tentera Laut AS terhadap asetnya dan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata tentera laut itu.

    Laut China Selatan telah menjadi pusat ketegangan global, dengan China terus mengukuhkan kawalan ke atas pulau-pulau utama dan atol.

    Beijing menguasai hampir keseluruhan laut, tetapi berdepan tuntutan bertindih dengan Taiwan dan negara Asia Tenggara yang lain.

    Vinson dan sebuah lagi pengangkut pesawat AS, USS Abraham Lincoln dan kumpulan penyerang mereka sedang mengadakan latihan apabila pesawat itu terhempas. – AFP

    Gambar fail jet pejuang AS. Operasi mendapatkan semula jet itu berjaya selepas ia terhempass di Laut China Selatan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...