Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    AS kaji semula tarif produk China

    WASHINGTON, 4 MEI – Tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import China bernilai ratusan bilion dolar dijangka luput tempohnya pada Julai, tetapi mungkin dilanjutkan sekiranya terdapat industri yang cukup memintanya, kata pegawai AS semalam.

    Dengan warga AS berdepan inflasi tertinggi dalam lebih empat dekad dan syarikat bergelut untuk mencari pembekal utama, Presiden Joe Biden telah berdepan gesaan meminta duti tersebut dihapuskan.

    Tarif pertama dikenakan pada 2018, dinaikkan seterusnya untuk meliputi kira-kira AS$350 bilion dalam import tahunan dari China sebagai tindak balas terhadap kecurian harta intelektual AS oleh Beijing serta memaksa pemindahan teknologi.

    Tindakan tersebut akan luput pada 6 Julai melainkan terdapatnya permintaan untuk menyambungnya, di mana ia akan tertakluk kepada kajian semula.

    Pegawai perdagangan AS berkata semalam mereka berusaha mendapatkan komen daripada orang ramai mengenai sama ada mereka ingin melanjutkan tarif, termasuk menghantar surat kepada 600 firma yang meluahkan sokongan terhadap langkah berkenaan.

    “Di bawah statut AS, tarif akan luput pada ulang tahun keempat melainkan kami mengkaji proses ini dan mendapatkan permohonan untuk meneruskannya,” beritahu pegawai kanan di pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) kepada wartawan.

    Pegawai itu enggan berkata sama ada harga tinggi akan dipertimbangkan, namun berkata sebarang kajian semula akan melihat pada ‘kesan tindakan ke atas ekonomi AS, termasuk pengguna.’

    USTR akan melihat pada input daripada ‘semua stakeholder tentang cara mereka melihat tarif sama ada mereka mahu ia dinaikkan, dikurangkan atau diubah,’ kata seorang lagi pegawai. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...