Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    AS, kanada larang transaksi bank pusat Rusia

    WASHINGTON, 1 MAC – Amerika Syarikat (AS) dan Kanada kelmarin melarang semua transaksi dengan bank pusat Rusia yang berkuat kuasa serta-merta, dalam sekatan yang belum pernah berlaku sebelum ini bertujuan untuk menghukum negara tersebut kerana pencerobohannya ke atas Ukraine.

    Di samping beberapa sekatan dikenakan sebelum ini dan dilaksanakan oleh negara sekutu di Eropah, tindakan tersebut akan menyukarkan bank pusat Rusia untuk menggunakan mata wang besar untuk melindungi ruble, yang nilainya merosot berbanding dolar AS dan euro.

    Sementara itu, transaksi untuk menyokong ruble, “tidak lagi sah dan kubu pertahanan Rusia akan terdedah,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran AS kepada pemberita.

    Menteri Kewangan Kanada, Chrystia Freeland berkata larangan itu bertujuan “untuk memastikan bahawa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan menjadi kegagalan strategik.”

    “Kanada berpihak kepada penentangan rakyat Ukraine dan kami akan terus mengambil tindakan selanjutnya untuk memastikan Presiden Putin tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

    AS juga menyekat kementerian kewangan Rusia dan satu lagi dana kekayaan negara itu, tetapi terus mengecualikan ‘urus niaga’ berkaitan sektor tenaga tertentu” daripada larangan ang menyasarkan bank pusat itu, kata Jabatan Perbendaharaan.

    Pegawai AS itu berkata pakej sekatan yang diselaraskan akan mewujudkan ‘gelung maklum balas yang hebat,’ dan Moscow ‘akan terpaksa menghabiskan dana harian domestik mereka dengan lebih cepat, mengalami kelemahan mata wang, menjadikan pembiayaan perang pilihan mereka lebih mahal.’

    “Inflasi berkemungkinan besar akan terus meningkat di negara itu.

    “Kuasa beli berkemungkinan menjunam manakala pelaburan pula berkemungkinan menjunam,” kata pegawai itu. – AFP

    Rakyat Rusia bergegas ke bank dalam usaha untuk mendapatkan semula wang mereka berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine minggu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...