AS kekal komited dengan pasaran China

WASHINGTON, 12 OGOS – Perniagaan Amerika Syarikat (AS) tidak meninggalkan pasaran China walaupun berlaku ‘kemerosotan yang belum pernah terjadi sebelumnya’ dalam hubungan AS-China ketika pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan tahunan anggota yang dikeluarkan kelmarin oleh Majlis Perniagaan AS-China (USCBC).

Kedua-dua data kami dan juga perbualan dengan syarikat anggota menunjukkan bahawa syarikat AS kekal komited dengan pasaran China untuk jangka panjang,” kata tinjauan itu. USCBC adalah kumpulan perdagangan yang mewakili lebih daripada 200 syarikat AS yang menjalankan perniagaan dengan China.

Sebanyak 83 peratus syarikat menganggap China sebagai teratas atau antara lima yang utama bagi strategi global syarikat, menunjukkan tinjauan itu, yang dijalankan pada penghujung Mei dan Jun tahun ini, melibatkan lebih daripada 100 syarikat ahli USCBC.

Unjuran mengenai prospek perniagaan lima tahun di China juga menunjukkan perkara yang sama, dengan hampir 70 peratus menyatakan mereka optimis terhadap prospek komersial pasaran, menurut tinjauan itu.

Sebanyak 91 peratus syarikat menunjukkan operasi China mereka menguntungkan, walaupun pada margin yang lebih rendah daripada tahun-tahun lepas, tinjauan menunjukkan, halangan utama terhadapan keuntungan adalah COVID-19 dan kesannya terhadap ekonomi. – Bernama