AS kenakan sekatan ke atas firma China

WASHINGTON, 23 JULAI – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengenakan sekatan ke atas sebuah syarikat perdagangan minyak China dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) selepas mendakwa mereka mengangkut minyak mentah Iran, lapor agensi berita Turki, Anadolu.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengumumkan penalti ekonomi itu ke atas perbadanan Zhuhai Zhenrong dan CEOnya, Youmin Li.

Mana-mana aset milik Zhuhai Zhenrong atau eksekutifnya yang tertakluk kepada bidang kuasa AS telah dibekukan dan rakyat AS dilarang berurus niaga dengan mereka. Ketegangan memuncak antara AS dan Iran selepas Presiden Donald Trump membawa AS keluar daripada pakatan nuklear negara itu dengan kuasa dunia pada Mei 2018 untuk mengekang program nuklear Iran sebagai pertukaran kepada bantuan berbilion dolar daripada sekatan ekonomi.

China adalah antara tujuh negara yang diberikan pengecua-lian berkaitan sekatan minyak itu namun pentadbiran Trump enggan memperbaharuinya selepas ia tamat pada 2 Mei. – Bernama