AS, Korea S tangguh latihan

WASHINGTON, 18 NOV – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan kini menangguhkan latihan ketenteraan bersama sebagai satu ‘tindakan muhibah’ kepada Korea Utara, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Pertahanan Mark Esper kelmarin.

Esper menegaskan kepentingan meredakan ketegangan di rantau itu dan mewujudkan keamanan dalam kalangan negara jiran selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di ibu kota Thailand, Bangkok.

“Kami telah membuat keputusan ini sebagai satu tindakan muhibah untuk menyumbang ke arah persekitaran yang kondusif bagi diplomasi dan kemajuan keamanan,” katanya. – Bernama