Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS, Korea Selatan pamer kekuatan pesawat perang

    SEOUL, 7 JUN – Korea Selatan dan Amerika Syarikat menerbangkan pesawat perang termasuk jet pejuang siluman di perairan sekitar semenanjung Korea hari ini, dalam pertunjukan kekuatan tentera terbaharu susulan ujian peluru berpandu dilancarkan Korea Utara baru-baru ini, menurut Seoul.

    Enam pesawat perang Korea, termasuk jet pejuang siluman F-35 dan empat jet pejuang F-16 AS membentuk sebuah skuadron serangan di Laut Barat – juga dikenali sebagai Laut Kuning – untuk bertindak balas terhadap ancaman musuh,” kata Ketua Turus Seoul dalam satu kenyataan.

    Kedua-dua sekutu itu mempamerkan keupayaan dan kekuatuan mereka serta akan melakukan serangan pantas dan tepat terhadap mana-mana provokasi dari Korea Utara, tambahnya.

    Gerak latihan udara itu yang membabitkan sekitar 20 pesawat, dibuat sehari selepas kedua-dua sekutu itu menembak lapan peluru berpandu ke Laut Jepun bagi membalas ujian peluru berpandu Pyongyang Ahad lalu.

    Pada Ahad, Korea Utara menembak lapan peluru berpandu jarak dekat dari empat lokasi berlainan dalam masa 30 minit – salah satu daripada ujian terbesar pernah dibuatnya, menurut penganalisis. – AFP

    Gambar serahan Kementerian Pertahanan Korea Selatan menunjukkan pesawat pejuang AS dan Korea Selatan dalam formasi semasa latihan bersama di perairan barat Korea. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...