Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Korea U berbalas amaran berhubung ujian ICBM

    PYONGYANG, Korea Utara, 9 Jan – Dengan Donald Trump bersiap sedia untuk mengambil tugas sebagai presiden, Korea Utara bercakap tentang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua baru (ICBM) yang sangat baik.

    Para pegawai di Washington berkata jika Pyongyang melancarkan apa saja yang mengancam wilayah AS atau sekutu-sekutunya, ia akan ditembak jatuh.

    Korea Utara secara tidak jelas mengatakan ia akan menjalankan ujian ICBM pada masa terdekat dan adalah selamat untuk menganggap dasar AS adalah sentiasa menembak jatuh mana-mana peluru berpandu yang mengancam wilayahnya.

    Tetapi berbalas kata-kata tajam baru-baru ini boleh menunjukkan Pyongyang dan Washington saling mengenali antara satu sama lain sebelum Trump mengangkat sumpah pada 20 Januari.

    Pelancaran berjaya ICBM adalah langkah besar ke hadapan bagi Korea Utara dan kebimbangan serius bagi Washington dan sekutunya.

    Kim Jong Un telah mengumumkan dalam ucapan tahun baru beliau bahawa negara itu akan mencapai ‘peringkat terakhir” pemajuan ICBM.

    Trump sendiri memberi respons melalui Twitter dua hari kemudian, dengan menyatakan kemungkinan Korea Utara memajukan senjata nuklear mampu sampai ke AS ‘tidak akan berlaku’. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda