AS kurangkan tentera di Afghanistan

WASHINGTON, 19 JUN – Amerika Syarikat (AS) telah mengurangkan jumlah tenteranya di Afghanistan kepada jumlah yang dirundingkan bersama Taliban, kira-kira 8,600 tentera, kata komander AS untuk rantau itu semalam.

“Apa yang saya akan beritahu anda sekarang adalah kami telah memenuhi sebahagian daripada perjanjian kami,” beritahu Jeneral Kenneth McKenzie, ketua Pusat Ketumbukan AS, kepada panel perbincangan yang dianjurkan oleh Institut Asia.

“Kami bersetuju untuk mengurangkan kepada kira-kira 8,000 tentera dalam masa 135 hari,” kata McKenzie. “Kami sudah mencapai jumlah tersebut.”

Di bawah satu perjanjian yang dicapai bersama Taliban pada Februari, Amerika Syarikat bersetuju untuk mengurangkan tenteranya di Afghanistan daripada 12,000 kepada 8,600 tentera pada pertengahan Julai.

Perjanjian itu menggesa semua tentera AS dan asing berundur dari Afghanistan pada pertengahan 2021, hampir 20 tahun selepas Washington menyerang negara itu berikutan serangan pada 11 September oleh al-Qaeda ke atas New York dan Washington. – AFP