Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kutuk serangan di Somalia

    WASHINGTON, 16 Okt – Amerika Syarikat telah mengutuk ‘sekeras-kerasnya’ serangan tunggal paling dahsyat oleh pengganas di ibu negara Somalia, Mogadishu Sabtu lalu, membunuh 276 orang dan mencederakan banyak lagi.

    Jurucakap Jabatan Negara berkata di sini kelmarin bahawa negaranya mengutuk ‘perbuatan pembunuhan dan pengecut’ di negara Horn of Africa yang telah bergelut dengan kumpulan militan selama bertahun-tahun.

    Menteri Penerangan Somalia Abdirahman Osman melaporkan bilangan kematian mencecah sehingga 276 manakala hampir 300 lagi kecederaan yang berterusan ketika sebuah bom trak besar meletus berhampiran sebuah hotel popular di sekeliling kawasan yang sibuk, menyebabkan kemusnahan di kawasan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda