Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS lancar peluru berpandu semasa serangan pemberontak Houthi

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 1 FEB – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan peluru berpandu pemintas Houthi Yaman yang menyasarkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa lawatan presiden Israel, kali kedua tentera AS melepaskan tembakan, kata pegawai.

    Pengakuan oleh Rumah Putih dan Pentagon lewat kelmarin mewakili penglibatan AS yang semakin meluas dalam perang bertahun-tahun Yaman, konflik yang diisytiharkan oleh Presiden Joe Biden hampir setahun lalu “harus ditamatkan.”

    Walaupun AS telah menamatkan sokongan serangan kepada pakatan yang diketuai Arab Saudi yang berperang bagi pihak kerajaan Yaman yang telah dibuang negeri, penglibatan mereka dalam mempertahankan UAE datang ketika pemberontak Houthi telah mengisytiharkan Pangkalan Udara Al-Dhafra di Abu Dhabi sebagai sasaran.

    Al-Dhafra menempatkan sekitar 2,000 tentera AS dan telah berkhidmat sebagai pangkalan utama untuk pelbagai operasi daripada dron bersenjata kepada pesawat pejuang F-35. – AP

    Tentera AS melancarkan peluru berpandu pemintas semasa serangan pemberontak Houthi Yaman yang menyasarkan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...