Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

AS lancar pesawat pengebom nuklear

PALMDALE, AMERIKA SYARIKAT, 4 DIS – Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan B-21 Raider, pesawat pengebom nuklear baharu yang mampu terbang tanpa kru, pada satu majlis di fasiliti Northrop Grumman di Palmdale, California.

“Pada harga hampir AS$700 juta, B-21 Raider ialah pesawat pengebom strategik pertama dihasilkan dalam tempoh tiga dekad. Ia adalah bukti keupayaan berterusan AS dalam inovasi dan pembangunan teknologi baharu,” kata Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin pada majlis tersebut.

Kebanyakan butiran pesawat udara dirahsiakan, tetapi kapal terbang itu mempunyai banyak kelebihan berbanding pesawat pengebom yang sedia ada dalam armada AS.

Austin berkata tidak ada pesawat pengebom lain yang mampu menyaingi kecekapan dan ketahanannya kerana ia dicipta untuk menjadi pesawat paling senang diselenggarakan yang pernah dibina setakat ini.

Seperti kapal perang F-22 dan F-35, B-21 memaparkan ciri-ciri teknologi risikan, yang meminimumkan kehadiran pesawat udara menerusi bentuk dan bahan binaan, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan oleh musuh.

“Teknologi paling canggih selama 50 tahun telah dilaburkan dalam pesawat ini,” kata Austin.

“Malah sistem pertahanan paling moden akan bergelut untuk mengesan B-21 di udara,” tambahnya.

Kapal terbang itu juga dibina dengan ‘seni bina sistem terbuka,’ yang membolehkannya digabung dengan ‘senjata baharu yang belum dicipta lagi,’ kata beliau.

Penerbangan sulung B-21 dijangka diadakan pada tahun depan dan Tentera Udara AS merancang membeli sekurang-kurangnya 100 pesawat tersebut, kata jurucakap Tentera Udara AS, Ann Stefanek. – AFP

Pesawat pengebom B-21 Raider dilancarkan di Northrop Grumman pada 2 Disember di Palmdale, California. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -