AS lancar tindakan perdagangan ke atas China

WASHINGTON, 13 Jun – Jabatan Perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengumumkan satu lagi tindakan perdagangan yang melibatkan import China dengan para pengeluar tangki keluli propena dituduh terlibat dalam perlambakan dan subsidi tidak sama rata.

Langkah terbaharu dalam siri pertikaian pentadbiran Trump dengan Beijing, yang terbesar yang akan mengenakan cukai 25 peratus ke atas AS$50 bilion dalam barangan China di tengah rungutan negara itu mencuri teknologi AS.

Pergeseran dengan syarikat besar Asia dan juga konflik terbaharu dengan sekutu-sekutu seperti Kanada dan Kesatuan Eropah telah mengancam akan bertukar menjadi perang dagangan sejagat.

Rungutan terbaharu, yang dibuat oleh para pengeluar AS di Ohio dan Tennesse mengatakan China terlibat dalam perlambakan dan dalam memberikan subsidi tidak sama rata kepada silinder keluli, yang dikatakan mendarat di pasaran AS pada kos rendah, yang mewujudkan persaingan tidak adil bagi syarikat-syarikat AS, termasuklah dua syarikat yang telah memfailkan aduan dengan Jabatan Perdagangan. – AFP

Gambar yang diambil pada 8 Jun 2018 menunjukkan pekerja memeriksa kabel keluli di kilang keluli di Qingdao, wilayah Shandong. – AFP