Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    AS lanjut larangan ke Korea Utara

    SEOUL, 24 OGOS – Amerika Syarikat (AS) telah melanjutkan larangan perjalanan ke Korea Utara selama setahun lagi, menurut notis dikeluarkan kerajaan AS hari ini.

    Jabatan Negara mengumumkan tempoh lanjutan larangan hingga 31 Ogos 2023, menerusi notis yang diterbitkan Daftar Persekutuan, kelmarin, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Sekatan itu dikuatkuasakan sejak 2017 dan diperbaharui setiap tahun – sebelum ini, tempoh tamat sekatan ditetapkan pada akhir bulan ini.

    “Jabatan Negara memaklumkan bahawa masih terdapat risiko serius kepada warga AS jika ditahan untuk tempoh jangka masa panjang, mendatangkan mudarat terhadap keselamatan fizikal mereka.

    “Oleh itu, semua pasport AS kekal tidak sah untuk perjalanan ke, masuk, atau melalui Korea Utara melainkan mendapat kebenaran khas untuk melakukan perjalanan sedemikian di bawah kuasa Setiausaha Negara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...