AS lanjutkan tarikh akhir penjualan TikTok

WASHINGTON, 26 NOV – Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan tarikh akhir penjualan aplikasi TikTok kepada pemiliknya, ByteDance dari China untuk menjual operasi mereka sehingga 4 Disember ini.

Pemilik aplikasi itu sebelum ini diberi tempoh sehingga esok, 27 November untuk berbuat demikian.

“Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) memberikan lanjutan satu minggu lagi kepada ByteDance, dari 27 November hingga 4 Disember bagi menyemak semula dokumen yang diberi oleh jawatankuasa berkenaan,” kata jurucakap jawatankuasa itu.

Sebelum ini, pentadbiran Presiden Donald Trump mendakwa ada bukti kukuh bahawa operasi TikTok oleh ByteDance mungkin mengancam keselamatan AS tetapi tidak meminta data pengguna dipadamkan.

Trump yang kalah dalam pilihan raya presiden awal bulan ini, mendakwa TikTok yang mempunyai lebih 100 juta pengguna di AS boleh digunakan untuk mengumpul data negara itu kepada perisikan China, tetapi ianya dinafikan pemilik aplikasi berkenaan. – AFP