Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    AS lapor hampir 24,000 kes cacar monyet

    LOS ANGELES, 20 SEPT – Hampir 24,000 kes cacar monyet disahkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Isnin, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    Menurut data CDC, California mencatat paling banyak kes yang disahkan setakat ini, de-ngan 4,656 kes, diikuti New York sebanyak 3,755, dan Florida dengan 2,398, lapor Xinhua.

    Jangkitan cacar monyet jarang membawa maut, dengan kebanyakan kes sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit itu mempunyai kadar kematian sekitar tiga hingga enam peratus.

    Pegawai kesihatan AS juga memberi amaran kepada doktor supaya tidak menggunakan terlalu banyak satu-satunya ubat yang ada untuk merawat cacar monyet. Menurut CDC, virus sentiasa berevolusi untuk menjangkiti manusia dan ubat serta vaksin baharu tidak lagi sesuai untuk merawatnya.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS memberi amaran bahawa ubat antivirus, Tecovirimat, mudah terjejas kepada rintangan. Mutasi yang kecil sahaja dalam virus, boleh menyebabkan ubat itu tidak lagi berkesan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...