Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    AS lapor lebih 26,000 kes cacar monyet

    LOS ANGELES, 5 OKT – Lebih 26,000 kes cacar monyet direkodkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Isnin, menurut data dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    California merekodkan jumlah kes paling tinggi setakat ini dengan 5,010 kes diikuti New York (3,948) dan Florida (2,543), lapor Xinhua.

    Menurut CDC penularan virus itu semakin perlahan kerana ketersediaan vaksin semakin meningkat dan kesedaran orang ramai bagi mengelakkan jangkitan. Cacar monyet jarang membawa maut dan kebanyakan kes sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kematian bagi penyakit itu hanya sekitar tiga hingga enam peratus. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...