Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lulus peranti masalah diabetes mata

    WASHINGTON, 12 April – Pihak pengawal atur Amerika Syarikat (AS) semalam telah meluluskan peranti pertama yang menggunakan kecerdasan khusus untuk mengesan kerosakan mata akibat diabetes, yang memboleh-kan para doktor biasa untuk mendiagnos keadaan itu tanpa mentafsirkan data atau imej.

    Peranti itu, dipanggil IDx-DR boleh mendiagnosis keadaan dipanggil diabetic retinopathy, punca paling biasa hilang penglihatan di kalangan lebih 30 juta rakyat Amerika yang menghidap diabetes. Perisiannya menggunakan algoritma kecerdasan buatan untuk menganalisis imej mata yang diambil dengan kamera retina dipanggil Topcon NW400, menurut FDA.

    “Seorang doktor memuat naik imej digital retina pesakit ke cloud server yang dipasangkan perisian Idx-DR,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

    Jawapan diterima bahawa masalah mata pesakit ‘adalah serius’ dan mereka seharusnya mendapatkan rawatan dari pakar atau ia negatif bagi diabetic retinopathy dan pesakit boleh diperiksa dalam tempoh setahun.

    “IDx-DR adalah peranti pertama yang dibenarkan bagi pemasaran yang menyediakan keputusan pemeriksaan tanpa perlu doktor untuk juga mentafsirkan imej atau keputusan, yang menjadikannya boleh digunakan oleh para penyedia penjagaan kesihatan yang mungkin tidak lazimnya terlibat dalam penjagaan mata,” menurut FDA.

    Percubaan klinikal keberkesanan peranti itu – berdasarkan imej dari 900 orang pesakit penghidap diabetes, mendapati ia mampu dengan betul mengenal pasti diabetic retinopathy yang serius 87 peratus pada ketika itu, dan 90 peratus bagi para pesakit yang tidak mengalami diabetic retinopathy serius.

    Penggunaan peranti itu tidak digalakkan pada mereka yang mempunyai sejarah rawatan laser, pembedahan atau suntikan dalam mata; mereka yang berterusan mengalami hilang penglihatan, penglihatan kabur, floater atau gangguan retina tertentu.

    Ia tidak disarankan bagi wanita-wanita mengandung kerana diabetic retinopathy boleh berkembang sangat pantas dan ‘IDx-DR bukan dihasratkan untuk menilai diabetic retinopathy yang berkembang pesat,” menurut FDA lagi.

    Malvina Eydelman, pengarah divisyen peranti oftalmik, dan mata, hidung dan kerongkong di Pusat bagi Peranti dan Kesihatan Radiologi FDA berkata peranti itu boleh membantu berjuta-juta penghidap diabetes.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda