AS luluskan Pfizer untuk golongan 16 tahun ke atas

WASHINGTON, 23 OGOS – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat hari ini meluluskan sepenuhnya penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer untuk mereka yang berusia 16 dan ke atas, langkah yang dijangka akan mencetuskan satu lagi mandat baharu gelombang vaksin ketika varian Delta semakin mengganas di negara tersebut.

“FDA telah meluluskan penggunaan vaksin dan ia menjadi satu pencapaian baharu ketika kami terus berusaha mengawal pandemik COVID-19,” menurut timbalan Suruhanjaya FDA, Janet Woodcook dalam kenyataannya.

“Dengan jutaan penduduk sudah mendapatkan vaksin COVID-19, kami mengambil maklum bahawa bagi sebilangan penduduk mendapatkan kelulusan daripada FDA terhadap vaksin tersebut akan mengembalikan keyakinan kepada mereka untuk mendapatkan vaksin.”

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan data yang dikemaskini daripada ujian klinikal ubat tersebut termasuk tempoh susulan lebih lama, dengan keselamatan dan keberkesanan dinilai dari kelompok lebih 40,000 orang.

Tentera AS sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan mewajibkan penggunaan vaksin dengan segera sebaik sahaja ia diluluskan, dan beberapa buah perniagaan persendirian dan universiti turut dijangka akan mengambil langkah yang serupa.

Vaksin akan disediakan bagi penggunaan kecemasan yang dibenarkan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun, tetapi ia kini sudah mendapat kelulusan sepenuhnya.

Doktor dibolehkan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah sekiranya mereka yakin ia mampu memberikan kebaikan. – AFP

FDA telah meluluskan sepenuhnya penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer untuk mereka yang berusia 16 dan ke atas sebagai langkah mengembalikan keyakinan kepada penduduk untuk mendapatkan vaksin. – AFP