PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat (AS), 16 Feb – Duta AS Nikki Haley semalam berkata ‘sudah tiba masanya untuk Majlis Keselamatan bertindak’ ekoran laporan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar PBB yang membuat kesimpulan bahawa Iran telah mencabuli sekatan dagangan senjata ke atas Yaman.
Laporan mendapati Tehran telah gagal menyekat bekalan peluru berpandu balistik kepada pemberontak Huthi, Yaman yang telah dilepaskan ke Arab Saudi.
“Laporan itu menekankan apa yang telah kita katakana selama berbulan-bulan: Iran telah secara haram memindahkan senjata dalam melanggar banyak resolusi Majlis Keselamatan,” Haley berkata dalam satu kenyataan. Duta itu menambah kata ‘dunia tidak boleh terus membiarkan pencabulan terang-terangan ini tanpa berjawab’ dan Tehran mesti berdepan ‘akibatnya’. “Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan bertindak.” Iran sekeras-kerasnya menafikan membekalkan senjata kepada Huthi dan menuduh Haley mengemukakan bukti ‘yang direka-reka’ yang mana peluru berpandu yang dilepaskan pada 4 November di lapangan terbang Riyadh adalah buatan Iran. – AFP