AS mampu beri keuntungan di Afrika

ABUJA, 19 NOV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken hari ini berkata AS menganggap Afrika sebagai ‘kuasa besar geopolitik’ di mana ia mampu memberikan keuntungan, mencari jalan untuk meningkatkan pengaruh AS ketika pesaingnya, China membuat pelaburan besar.

Beberapa hari sebelum China mengadakan perjumpaan utama di Senegal, di mana Blinken tiba pada hari ini, pegawai diplomat tertinggi AS berkata Presiden Joe Biden merancang untuk mengadakan sidang kemuncak bersama pemimpin-pemimpin Afrika.

Dalam ucapan di ibu pejabat blok Afrika Barat, ECOWAS di Abuja, Blinken tidak menyebutkan secara terus terang mengenai China namun dia mengetahui bahawa penduduk benua Afrika menyedari mengenai pelaburan luar yang sentiasa ‘menggunakan pengaruh secara rahsia’.

“Saya ingin berterus terang, AS tidak mahu mengehadkan hubungan rakan dengan negara-negara lain,” kata Blinken.

“Kami tidak mahu membuatkan awda memilih. Kami mahu memberikan awda pilihan.

Antony Blinken menyampaikan ucapan semasa lawatan di Abuja, Nigeria. Blinken berkata AS menganggap Afrika sebagai ‘kuasa besar geopolitik’ yang mampu memberikan keuntungan. – AFP

“Langkah kami akan bersifat mampan, telus dan dipacu oleh keuntungan,” tambahnya.

Dia berkata perjanjian infrastruktur negara lain boleh sahaja ‘tidak jelas, memaksa, memberi beban disebabkan hutang yang tidak tertanggung, merosakkan alam sekitar dan tidak selalunya menguntungkan rakyat yang tinggal di sana.”

“Kami akan melakukan perkara yang berbeza,” ujarnya.

Dia berkata pentadbiran Biden ‘percaya inilah masanya untuk menghentikan layanan kepada Afrika seolah ia adalah bidang geopolitik – dan mula memberikan layanan benua tersebut sebagai pemain utama geopolitik.”

Dia mengambil maklum mengenai sindiran, mengatakan Afrika sering kali ‘dilayan sebagai rakan kecil, atau lebih teruk, sebagai rakan sebaya’.

“Dan kami bersikap sensitif mengenai penjajahan, penghambaan dan eksploitasi yang menyebabkan keperitan yang masih dirasai sehingga hari ini.”

Blinken, yang membuat lawatan selama tiga hari termasuk ke Kenya, menjanjikan kerjasama korporat dalam pelbagai bidang termasuk memerangi COVID-19 dan perubahan iklim. – AFP