AS ‘menimbang’ sekat media sosial China

WASHINGTON, 7 JULAI – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berkata AS ‘menimbang’ mengharamkan aplikasi media sosial China, termasuk TikTok, berhubung dakwaan Beijing menggunakannya untuk mengintip pengguna.

India telah pun mengharamkan aplikasi TikTok disebabkan kebimbangan keselamatan negara dan privasi sementara negara lain dilaporkan menimbang langkah yang sama.

Ketika ditanya semalam oleh pemberita Fox News, Lauran Ingraham sama ada AS harus menimbang menyekat aplikasi – ‘terutamanya TikTok’ – diplomat tertinggi negara itu berkata pentadbiran Trump ‘memandang amat serius isu ini, kami pastinya akan memikirkannya.’

Pompeo berkata AS telah ‘lama mempertimbangkan’ mengenai ‘masalah’ teknologi China dalam infrastruktur dan sedang ‘mencatat kemajuan besar.’

“Berhubung aplikasi China ke atas telefon bimbit orang, saya boleh menjamin anda bahawa AS akan membetulkan masalah ini juga,” kata beliau. – AFP