AS, Mexico, Kanada lanjut larangan perjalanan

BANDAR MEXICO, 17 JUN – Amerika Syarikat (AS) bersetuju melanjutkan lagi larangan perjalanan rentas sempadan darat bersama Mexico dan Kanada untuk urusan tidak penting sehingga 21 Julai, di tengah-tengah penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Larangan perjalanan itu dilanjutkan untuk 30 hari lagi sejak ia mula diperkenalkan pada 21 Mac, menurut Twitter Kementerian Hal Ehwal Luar Mexico semalam.

Bagaimanapun, larangan itu terkecuali untuk tujuan perubatan. – Bernama