Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Mexico, Kanada setuju anjur Piala Dunia 2026

    NEW YORK, 11 April – Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada semalam telah mengumumkan bahawa satu usaha sama untuk menganjurkan Piala Dunia 2026, dengan matlamat untuk menjadi tiga hos bersama dalam sejarah kejohanan FIFA itu.

    Ketua Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gulati, yang telah mengumumkan usaha sama itu di New York dengan rakan sejawatannya dari Kanada dan Mexico, menegaskan bahawa mereka mendapat sokong penuh daripada Presiden Donald Trump, meskipun hubungan tidak menentu antara pemimpin AS itu dengan Mexico.

    Gulati berkata 60 daripada perlawanan kejohanan itu akan diadakan di AS, dengan Kanada dan Mexico masing-masing akan menghoskan 10 perlawanan. Amerika Syarikat akan menjadi hos kepada semua perlawanan kalah-mati dari suku akhir dan seterusnya, tambahnya.

    Dia mengetepikan adanya kemungkinan kaitan politik dalam usaha sama itu, menegaskan bahawa Trump ‘gembira’ dengan penglibatan Mexico.

    “Presiden AS sangat memberikan sokongan, kami tidak begitu bimbang dengan beberapa kebimbangan yang ditimbulkan oleh sebahagian pihak,” kata Gulati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda