Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS, Mexico layak ke Piala Dunia

    LOS ANGELES, 31 MAC – Amerika Syarikat (AS) dan Mexico menempah tiket mereka ke final Piala Dunia di Qatar semalam selepas memperoleh keputusan yang diperlukan untuk menjamin dua tempat kelayakan automatik terakhir dari rantau CONCACAF.

    AS ditewaskan 2-0 oleh Costa Rica di San Jose untuk berakhir di tangga ketiga dalam senarai kedudukan sementara Mexico menyingkirkan El Salvador 2-0 di Bandar Mexico untuk menduduki tempat kedua pada keseluruhan.

    Costa Rica melayakkan diri di tempat keempat dan akan berdepan New Zealand dalam playoff untuk tempat Piala Dunia.

    Kanada, yang menamatkan kempen kelayakan mereka dengan kekalahan 1-0 di Panama pada Rabu, telah pun layak ke Piala Dunia pada Ahad.

    AS dan Mexico berjaya menempah kelayakan selepas kemenangan pada Ahad yang bermakna set keputusan dalam pusingan final pada Rabu akan menyaksikan salah satu pasukan diturunkan ke tempat playoff.

    Pemain AS, Christian Pulisic memasuki padang untuk sesi memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Costa Rica di San Jose, Costa Rica pada 30 Mac 2022. – AP

    Costa Rica perlu menewaskan AS sebanyak enam gol atau lebih di San Jose untuk peluang melayakkan diri.

    Dua gol pada separuh masa kedua dalam lapan minit oleh Juan Vargas dan Anthony Contreras menambah harapan berlakunya keajaiban untuk peminat negara, tetapi AS bersatu semula untuk merapatkan jurang perlawanan, melayakkan diri di depan Costa Rica berdasarkan perbezaan gol.

    “Saya berasa amat bangga dengan kumpulan ini,” kata bintang AS Christian Pulisic selepas kekalahan semalam.

    “Ia adalah perasaan pelik sekarang kerana saya benci tewas begitu banyak. Namun saya benar-benar bangga dan saya tidak sabar untuk beraksi di Piala Dunia.

    “Ia pastinya beremosi. Bukan senang untuk datang dan bermain di negara berkenaan, kami tahu.

    “Kami berjaya mengharunginya. Dan pada akhirnya, kami berada di tiga tempat teratas dan kami akan beraksi di Piala Dunia, maka kami harus berasa bangga.”

    Sementara itu, Mexico menamatkan kempen kelayakan mereka dengan kemenangan yang memastikan mereka akan meneruskan rekod penampilan di setiap Piala Dunia sejak kejohanan pada 1994.

    Mexico mendahului apabila Uriel Antuna meledakkan gol dari dekat pada minit ke-17 selepas bola melantun daripada tandukan Nestor Araujo.

    Penyerang Wolves Raul Jimenez seterusnya menambah pendahuluan Mexico dari petak penalti untuk meninggalkan ‘El Tri’ mara ke Piala Dunia Qatar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...