AS Monaco terus mara

PARIS, 10 Jan – Penjaga gol AS Monaco, Loic Badiashile menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti ketika skuad kendalian Thierry Henry yang bergelut menang dengan penentuan sepakan penalti menentang Rennes, untuk mara ke separuh akhir Piala Liga Perancis semalam.

Kelab tersebut, yang memenangi tempat kedua pada dua musim lalu, seri 1-1 menerusi jaringan penyamaan separuh masa kedua Rony Lopes, sebelum Badiashile menjadi wira ketika dia juga menyelamatkan tiga sepakan penalti.

Skuad muda kendalian Henry itu berada dalam kesukaran bagi persaingan Ligue 1, berada di tangga kedua tercorot dan lima mata dari kedudukan selamat, tetapi mampu untuk mengekalkan harapan jurulatih mereka bagi menghidupkan perebutan trofi pertama di Stade Louis II.

Monaco adalah pasukan yang lebih baik bagi majoriti separuh masa pertama, dengan Moussa Sylla sebanyak dua kali hampir menjaringkan gol, namun ketinggalan satu jaringan selepas Benjamin Bourigeaud membawa Rennes di depan ketika perlawanan memasuki setengah jam persaingan selepas menerima hantaran bijak dari Hatem Ben Arfa.

Henry gembira menyaksikan Lopes kembali dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak 2 September selepas mengalami kecederaan paha dan pemain penyerang dari Portugal itu menyudahkan hantaran lintang leret dari Julien Serrano untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 54.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan 17 gol dalam kempen musim lalu dan penting kepada harapan Monaco untuk mendaki senarai Ligue 1. Pemain pertahanan Poland, Kamil Glik hampir menjaringkan gol untuk mengikat perlawanan bagi tuan rumah pada minit ke-85, tetapi membuat tandukan tersasar.

Glik dan pemain yang baru ditandatangani, Naldo kedua-duanya terlepas peluang untuk memenangi perlawanan bagi Monaco, tetapi Biadiashile, 20, menjaringkan gol untuk menghantar mereka mara selepas penjaga gol Rennes Tomas Koubke melakukan sepakan yang terlalu tinggi. – AFP

Para pemain AS Monaco meraikan kejayaan mereka setelah menewaskan Rennes pada perlawanan yang diadakan di Stade Louis II, kelmarin. – AFP