Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS: Myanmar lakukan genosid etnik Rohingya

    YANGON, 21 MAC – Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengecap tindakan keras yang dilakukan oleh tentera Myanmar ke atas etnik minoriti Rohingya sebagai genosid atau pembunuhan beramai-ramai menjadi satu kemenangan bagi pekempen hak asasi kemanusiaan namun ia hanya akan mengurangkan sedikit penderitaan kepada mereka yang masih terjejas dalam kem itu, kata aktivis.

    Ratusan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar sejak 2017, membawa kisah-kisah pemerkosaan, pembunuhan dan pembakaran, sementara 600,000 lagi kekal di kem pelarian di bawah pemerintahan junta.

    Kelmarin, Washington mengatakan keganasan bersamaan genosid dan jenayah ke atas kemanusiaan itu, dengan media melaporkan keputusan akan disusuli dengan sekatan selanjutnya dan had ke atas bantuan, antara hukuman ke atas junta yang sudah pun terasing.

    Thin Thin Hlaing, seorang aktivis hak asasi Rohingya mengalu-alukan langkah tersebut.

    “Saya rasa seperti kami hidup dalam suasana suram namun kini kami melihat cahaya, kerana mereka mengiktiraf penderitaan kami,” ujarnya kepada AFP.

    Namun tambahnya, “Ibu bapa, kakak dan anak buah saya masih lagi tinggal di kem dalam keadaan yang teruk dengan tidak ada standard hak asasi kemanusiaan.”

    “Sukar untuk melihat bagaimana tanggapan itu akan meningkatkan kehidupan rakyat yang telah menderita daripada penindasan dan keganasan ekstrem,” kata David Mathieson, seorang bekas penganalisis berpangkalan di negara itu.

    “Tentera Myanmar tidak peduli tentang pertuduhan bila mereka bermula dan berdasarkan maklumat mereka kini bermusuh dengan hampir semua orang di negara itu, saya meragui keputusan ini akan memberi kesan apa pun kepada mereka,” ujarnya. – AFP

    Gambar fail 30 September 2017 menunjukkan seorang lelaki Bangladesh membantu pelarian Rohingya di Teknaf. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda