Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS nafi bincang hak penempatan dengan Israel

    BAITULMAQDDIS, 13 Feb – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata beliau telah membincangkan perundangan dengan Amerika Syarikat (AS) yang akan mengambil hak penempatan-penempatan di Tebing Barat yang mereka duduki, tetapi Rumah Putih menafikannya.

    Netanyahu kemudian mengeluarkan penjelasan yang agak berundur dari kenyataan yang begitu berkontroversi tersebut.

    Mengambil hak penempatan akan dengan teruk menjejaskan prospek yang masih ada bagi penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin dan mengundang kemarahan antarabangsa, namun Netanyahu berdepan tekanan berat politik untuk menyokongnya.

    “Berhubung isu menggunakan kedaulatan, saya boleh memberitahu bahawa saya ada mengadakan perbincangan dengan pihak Amerika tentangnya,” Netanyahu memberitahu para ahli undangan dari parti Likud beliau, menurut ulasan yang disampaikan oleh seorang jurucakap.

    Benjamin Netanyahu semasa menghadiri perjumpaan kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Baitulmaqdis pada 11 Februari 2018. Netanyahu berkata telah membincangkan perundangan dengan AS bagi mengambil hak penempatan-penempatan di Tebing Barat yang mereka duduki. – AFP

    Netanyahu berkata beliau mahu menyelaraskan sebarang langkah ‘bersejarah’ seumpamanya dengan AS kerana kepentingan strategik negara itu bagi Israel, menurut jurucakapnya lagi.

    Sesetengah media Israel telah mentafsirkan ulasan itu sebagai kali pertama Netanyahu melahirkan sokongan bagi pengambilan hak penempatan.

    Tetapi apabila dengan jelas Rumah Putih tidak mengesahkannya, pejabat Netanyahu telah mengeluarkan penjelasan kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda