Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS nafi terlibat cubaan bunuh Maduro

    WASHINGTON, 6 Ogos – Amerika Syarikat (AS) menafikan negara itu terlibat dalam cubaan membunuh Presiden Venezuela dengan menggunakan dron, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih, semalam.

    “Saya dengan tegas mengatakan AS tidak terlibat dalam perkara itu,” demikian kata John Bolton, penasihat keselamatan negara Rumah Putih.

    Sebaliknya menurut beliau, kerajaan pimpinan Nicolas Maduro yang mungkin dalang kejadian itu, memandangkan rasuah dan penindasan berleluasa di Venezuela.

    “Jika kerajaan Venezuela mempunyai maklumat yang ingin diberitahu mengenai terdapatnya potensi pelanggaran undang-undang jenayah AS, kami akan menyiasatnya dengan serius,” katanya.

    Maduro sering menuduh AS yang telah mengenakan sekatan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya sebagai satu ‘konspirasi’ dan menyalahkan negara itu sebagai pencetus kepada rancangan untuk menjatuhkannya bagi menumbangkan amalan sosialisme yang telah berlangsung selama dua dekad di Venezuela.

    Kumpulan dikenali sebagai ‘Gerakan Nasional Tentera Nasional Berpakaian Awam’ mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pada Sabtu itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda